IINFO PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK - PTD M41

 

 
     Apakah itu Pegawai Tadbir Diplomatik Atau PTD?
 

    Antara kerjaya di sektor perkhidmatan awam yang diminati oleh 
    lulusan Universiti ialah sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).


    Anda berada di sini kerana anda bercita-cita dan mahu 
     Ianya merupakan perkhidmatan utama yang membantu kerajaan 
    dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara.

     Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD 
    telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat 
    kementerian dan jabatan, syarikat milik kerajaan, pihak berkuasa 
    tempatan, dan juga badan-badan antarabangsa.


SEJARAH KEWUJUDAN JAWATAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK DI MALAYSIA








BAGIMANA MENJADI SEORANG PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

    Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan kerjaya yang 
   agak sukar jika hendak dibandingkan dengan kerjaya lain yang 
   setaraf. Untuk menjawat jawatan PTD juga bukan sesuatu 
   yang mudah. Oleh itu, ianya dianggap sebagai salah satu kerjaya 
   yang ekslusif dan berada pada kelas yang tersendiri.
 
   Untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik, setiap 
   calon perlu melalui beberapa proses penilain dan pemilihan 
   yang agak ketat. Hanya yang layak dan benar-benar terpilih 
   akan berpeluang menyandang jawatan ini.
 
   Adakah anda tahu, dalam proses penapisan sahaja, seseorang 
   calon perlu melalaui 3 peringkat ujian yang bakal menguji 
   kemahiran dan tahap ilmu pengetahuan yang dipunyai oleh calon.
 
   Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki 
   peperiksaan perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan 
   menghadiri  Assesment Centre di INTAN. Hanya calon yang 
   melepasi Assesment Centre itu akan ditemu duga. 
   Calon-calon yang berjaya dalam temuduga akan diluluskan 
   oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD 
   Gred M41 dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan 
   Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan 
    pengesahan dalam perkhidmatan.
 
   Setelah berjaya PAC anda kan di temuduga oleh penel PTD 
   untuk menentukan sama ada anda betul-betul layak atau tidak 
   menjadi seorang PTD.
 

  
 
TUGAS SEORANG PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK     





SYARAT MEMOHON JAWATAN PTD MALAYSIA

    Menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukanlah 
    sesuatu yang semudah yang disangka.

    Oleh kerana itu, ianya dianggap sebagai satu kerjaya yang 
    eksklusif dan berada pada kelas yang tersendiri.

    Pada peringkat umumnya, kelulusan anda dinilai sama ada 
    anda layak atau tidak untuk memohon menjadiPegawai Tadbir Diplomatik.

    Bagi yang tidak dipanggil untuk peperiksaan ptd, mungkin ada 
    masalah dengan kelulusan anda.

Syarat Kelulusan:

   Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan 
   daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau 
   kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau

   Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi 
   pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf 
   dengannya; [Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau

   Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada 
   institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan 
   yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan

   Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang  
   ditetapkan;

   Hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut  
   Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan

   Memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada 
   institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang 
   diiktiraf setaraf    dengannya; dan

   Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek 
   Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan 
   yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

  (Sumber:spa.gov)
 

Proses Pemilihan dan Ujian PTD

 
   Proses pemilihannya boleh dikategorikan sebagai salah satu proses 
  yang agak ketat dan sukar berbanding dengan jawatan-jawatan kerajaan 
  yang lain.

   Dalam proses penapisan sahaja, seseorang yang mahu menjadi pegawai PTD  
  harus melalui 3 peringkat ujian yang bekal menguji kemahiran dan ilmu yang ada.
 

1.Ujian Bertulis/online oleh SPA

   Setelah layak untuk menduduki ujian, anda perlu bersedia dengan 
   maklumat yang secukupnya kerana ujian ptd menuntut pemahaman dan 
   kesedaran tentang maklumat penting.

   Dalam kata lain, anda perlu peka dengan isu semasa dan banyak
   membaca itulah   persediaan utuh untuk menjawat 
  jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik.
.
   Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut 
  meliputi pelbagai bidang pengetahuan. Bagi exam tahun 2019, 
  format telah ditukar dan tidak sama seperti sebelum ini. 
  Format terbaru adalah seperti berikut:

    Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling. 

    Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah. 

    Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris
 

2.PTD Assesement Centre

    Setelah lulus ujian, anda akan dihadapkan ke Assessement Centre 
    untuk dinilai dengan lebih dekat.

   Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja 
   akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment 
   Centre (PAC) yang dikendalikan oleh Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN)

   PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat 
   penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum 
   diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke 
   jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik

   Program penilaian ini akan dilaksanakan selama tiga hari. 
   Aspek-aspek kompetensi yang akan diuji adalah seperti berikut:

Tatakelakuan

-Mempunyai perilaku dan nilai murni selaras dengan nilai keIslaman dan 
 budaya ketimuran.

Penampilan

-Mempunyai imej dan penampilan diri yang membolehkan kehadirannya 
dirasai dan disenangi dalam sebarang suasana

Keyakinan Diri

-Yakin terhadap kebolehan diri dan berani menghadapi tugasan serta 
 mempunyai daya tahan(tolerence level) yang tinggi terhadap cabaran 
 dan masalah yang dihadapi (mental dan fizikal)

Penggerak Kumpulan

-Keupayaan untuk mengurus dan bekerjasama sebagai satu pasukan

Potensi Kepimpinan

-Mempunyai potensi sebagai seorang pemimpin yang baik

Pengetahuan dan Kematangan Idea

-Berupaya mencetuskan idea yang matang, substantif, relevan dan diterima

Kemahiran berkomunikasi

-Berkebolehan  berkomunikasi di kalangan rakan dengan yakin dan berkesan

Pengucapan awam/Public speaking

-Kebolehan untuk menyampaikan idea, maklumat dan maksud dengan yakin 
 dan berkesan

Debat ala parlimen

-Kebolehan menyampaikan idea, maklumat dengan yakin dan berhemah

   Selain itu,calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu 
   larian 2.4 km dengan kiraan masa. Selain itu, mereka juga perlu mengikuti 
   latihan jasmani yang lain.

3.Sesi Temuduga

  Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum 
  mereka layak diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan 
  oleh pihak SPA.

  Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC 
  dengan menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah.

  Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan
  kemudiannya akan dibentang serta diserahkan kepada SPA.

  Hanya mereka yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar 
  berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki 
  ke perkhidmatan PTD.

  Mereka yang berjaya dalam proses temu duga akan menerima surat 
  tawaran pelantikan sebagai pegawai PTD.

  Untuk menjadikan para pegawai muda  ini memiliki tahap pengetahuan, 
  kemahiran dan budaya kerja yang cemerlang, program-program khusus dan 
  latihan pegawai ptd yang baru dilantik telah diatur bagi mencapai matlamat
  tersebut

Kesimpulannya..

  Pemilihan untuk menjawat jawatan  PTD tidak lah semudah yang 
  disangka. Tapi kalau anda cukup persediaan dan keyakinan, kejayaan 
 adalah milik anda dan ketika itu anda layak menjawat jawatan 
 keramat Pegawai Tadbir Diplomatik.


BAGAIMANA PEMILIHAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK DILAKUKAN?
 
 
  Jom t0nton video yang disediakan oleh pihak SPA Malaysia untuk 
  lebih jelas lagi. Dalam video ini ditunjukkan dengan jelas proses 
  penilain dan pemilihan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 bermula dari :

  1. Permohonan jawatan PTD secara online melalui laman web rasmi SPA
  2. Peperiksaan online PTD
  3. Pengumuman keputusan peperiksaan PTD
  4. Program Assessment Centre (PAC) PTD termasuk aktiviti/Ujian Fizikal/ Ujian Psikomatik dan Ujian bakat
  5. Temuduga PTD
  6. Pengumuman Keputusan temuduga PTD
  7. Surat Perlantikan tawaran jawatan
  8. Kadet PTD